Monday, September 17, 2012

11.9.2012 - Kelas Pertama Authoring System

Assalamualaikum.


Tanggal 6.9.2012 bermula lah perjalanan aku sebagai pelajar master (postgraduate) di UTM dan 11.9.2012 merupakan kelas pertama aku bagi subjek Authoring System. Kenapa ambil subjek Authoring System masa sem 1 ni? Errkkkk..sebabnya nak penuhkan jadual kuliah..Maksudnya nak ada kelas yang hari selasa. Kalau ikut senarai subjek yang fakulti berikan masa taklimat, hari selasa ada kuliah untuk subjek Authoring System yang merupakan core subject dan CD-ROM based Multimedia Development yang merupakan subjek elektif. So aku dengan member member lain decide nak ambil core subject dulu. Hihihihi..


Sebelum masuk kelas nih aku dah anggap mesti kena belajar Authoware lagi sebab masa degree dulu pernah ambil subjek Authoring Language dengan Dr J. Dah nama subjek pun nak dekat dekat so aku ingat benda yang sama la yang perlu belajar tapi mungkin Authoring System lebih advanced. Rupa rupanya Authoring System tak ada kaitan langsung dengan Authoware!! =.="


Pensyarah yang ajar subjek ni adalah Dr Zaidatun Tasir merangkap isteri kepada Dr J. Setelah diberi penerangan semasa kelas pertama, baru aku tau yang kelas ni kami akan belajar dan bermain dengan software Dreamweaver dan Adobe Flash. Aku tak pernah explore Dreamweaver lagi setakat nih tapi Adobe Flash boleh la sikit sikit setakat yang asas je..Hopefully Authoring System tak akan menghampakan aku. Mesti dapat A!! Dr Khatijah pernah cakap masa dalam kelas pertama Dynamics of Leadership, yang kita mesti ajar limbic (mind) kita yang kita mesti boleh capai apa yang kita nak. Kalau nak A dalam subjek ni mesti cakap dan set dengan limbic yang kita akan dapat A. InsyaAllah dengan 20 kredit yang akan aku bawak untuk sem ini dapat dipermudahkan sehingga ke final paper.



Adobe Dreamweaver CS3


Adobe Flash CS3


Ohh..sebelum terlupa..kenapa aku buat blog ni sedangkan aku dah ada personal blog? Sebabnya untuk kelas ni Dr Zaida wajibkan semua students create blog untuk buat reflection bagi setiap kelas Authoring System. Jadi seminggu sekali atau lebih aku akan update blog ni dan semuanya pasal refleksi aku mengenai kelas ni. Bukan suka suki je buat blog ni. Ada markah kottt. Masuk dalam carry mark 70%. Lagi 30% final exam.


Semoga pilihan aku untuk sambung master dalam Educational Technology adalah pilihan yang tepat! Ok jumpa lagi di next entry. Bye

No comments:

Post a Comment