Thursday, February 28, 2013

# Week 2: Multimedia Development Process

Assalamualaikum

Pada minggu ini, kami didedahkan mengenai multimedia development process.Untuk refleksi pada kali ini, saya ingin menerangkan model ADDIE mengikut pemahaman saya semasa di dalam kelas.



1. Fasa Analisis (analysis) 

Dalam fasa ini, pembangun melaksanakan proses menganalisis terhadap keperluan perisian bagi
memastikan pembangunan sesebuah perisian lebih terancang dan sistematik. Sebagai contoh, analisis
terhadap kandungan pelajaran serta gaya pembelajaran pengguna. Gaya pembelajaran pengguna merujuk
kepada bagaimana individu menerima dan memproses maklumat untuk ditukarkan kepada bentuk
pengetahuan. Oleh itu, fasa ini adalah sangat penting bagi menentukan pemilihan strategi pembelajaran
yang sesuai.

Fasa ini juga merupakan fasa yang utama memandangkan ianya membolehkan seseorang pembangun
perisian memahami dengan jelas syarat-syarat atau ciri-ciri utama sesebuah projek pembangunan
dilaksanakan. Dalam langkah ini, pembangun membina kefahaman mengenai pengguna perisian,
persekitaran di mana perisian digunakan, matlamat yang cuba dicapai untuk perisian, kekuatan dan
kekangan perisian yang akan dibina dan sebagainya. Pembangun telah melakukan beberapa analisis
seperti analisis terhadap pelajar dan analisis terhadap persekitaran pembelajaran.


2. Fasa Rekabentuk (Design)

Fasa ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan
mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi
yang akan terlibat. Beberapa perkara perlu ditentukan di dalam fasa ini, antaranya
ialah pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran dan pemilihan strategi pengajaran.


3. Fasa Pembangunan (Development ) 


Dalam fasa pembangunan, pembangun telah membangunkan modul pembelajaran multimedia interaktif

dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada. Pembangun perlu
menggunakan segala pendekatan dan rekabentuk yang telah ditentukan dalam fasa rekabentuk.


4. Fasa Perlaksanaan (implementation) 

Fasa perlaksanaan ini bertujuan untuk mengetahui adakah perisian yang dibina ini memenuhi keperluan objektif dan juga sesuai digunakan oleh pengguna. Bahan pengajaran yang telah disiapkan akan digunakan atau dipersembahkan dalam keadaan yang sebenar kepada beberapa orang pakar untuk menguji keberkesanannya serta mengkaji kelancaran perisian multimedia tersebut. Dengan
ini, pembangun dapat melihat masalah-masalah yang tidak disedari sewaktu fasa rekabentuk dan
pembangunan. Seterusnya, sebelum perisian yang sebenar dikeluarkan secara rasmi, pembangun telah
memperbaiki aspek-aspek kelemahan yang telah dikenalpasti melalui proses pemulihan.


5. Fasa Penilaian (Evaluation) 
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif dilakukan terhadap semua fasa untuk memastikan keberkesanannya. Manakala penilaian sumatif
pula berlaku di peringkat akhir penghasilan perisian. Ia melibatkan maklumbalas daripada
pengguna terhadap isi kandungan, strategi, grafik, audio, video, antaramuka dan sebagainya melalui
penyeliaan, ujian, soal selidik dan temubual.

Sekian sahaja refleksi saya pada hari ini.







Thursday, February 21, 2013

# Week 1: Types of Instructional Software

Assalamualaikum


Untuk minggu pertama kelas MPT 1293: CD ROM Based Multimedia Development, Dr Norasykin telah menerangkan kepada kami berkenaan dengan Learning Outline (LO) yang perlu kami patuhi sepanjang menjalani kelas CD ROM. 

Pada minggu ini juga, kami telah didedahkan mengenai types of instructional software. There are five common courseware types which are:

1.  Drill and Practice
2.  Tutorials
3.  Simulation
4.  Instructional games
5.  Problem solving

Saya akan terangkan satu persatu berdasarkan apa yang saya faham semasa sesi pembelajaran di dalam kelas.

Drill and Practice



Latih tubi merupakan pendekatan atau strategi yang paling popular digunakan dalam pembangunan kebanyakan aplikasi multimedia pendidikan. Ianya lebih merupakan buku kerja elektronik yang boleh digunakan oleh seseorang pelajar bagi mengukuhkan kefahaman terhadap sesuatu isi pelajaran yang telah dipelajarai. Di dalam perisian multimedia yang menggunakan pendekatan latih tubi, pelajar akan diberi siri soalan secara berturutan bagi membentuk kemahiran dalam pemahaman sesuatu konsep. Biasanya, perisian jenis ini sesuai untuk aktiviti ulangkaji bagi pelajar yang agak lemah dan memerlukan latihan. Secara amnya, perisian jenis latih tubi akan menyediakan siri soalan kepada pelajar dan mereka diminta untuk memberi jawapan ke atas setiap soalan tersebut. Maklum balas yang bersesuaian akan diberikan serta-merta bagi setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Memandangkan perisian yang menggunakan pendekatan ini mengandungi banyak soalan latihan, maka susun atur skrinnya haruslah kemas dan menarik. Disamping itu, maklum balas serta penilaian yang diberi oleh perisian perlulah bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran serta kumpulan sasaran. 


Tutorials


Perisian yang menggunakan kaedah tutorial sebagai strategi pengajaran akan mengajar atau menjelaskan sesuatu konsep kepada pelajar melalui pemberian contoh-contoh yang bersesuaian, Ia juga akan diiringi dengan soalan-soalan yang digunakan bagi tujuan pengukuhan. Jawapan yang diberikan oleh pelajar dan sejauh mana pelajar memahami konsep yang telah diajar akan dinilai oleh sistem pembelajaran tersebut. Sesebuah perisian berbentuk tutorial yang baik akan menganalisis tahap pencapaian pelajar terlebih dahulu sebelum mereka mula belajar. Berdasarkan analisis yang dibuat, pelajar akan diberi beberapa pilihan mengenai tahap pembelajaran yang ingin mereka lalui. Jika pelajar telah mencapai tahap kefahaman yang dikehendaki, mereka boleh meneruskan pembelajaran mereka kepada bahan yang lebih sukar. Jika tidak, sistem pembelajaran akan mencadangkan supaya pelajar mengulangi semula isi pelajaran dan soalan yang telah dipelajari sehinggalah mereka mencapai tahap yang diperlukan. 


Simulation


Perisian yang berbentuk simulasi akan menyediakan suasana pembelajaran yang cuba menyerupai keadaan atau fenomena sebenar di mana ianya berlaku. Komputer akan memberikan satu visual atau penjelasan tentang sesuatu situasi dan pelajar akan berpeluang berinteraksi dengan komputer bagi menangani keadaan atau situasi yang telah ditetapkan. Pembelajaran menerusi kaedah simulasi juga akan meminta pelajar untuk menganalisis, membuat keputusan dan bertindak untuk mendapat satu situasi yang baru. Perisian berbentuk simulasi yang baik akan mengandungi teks, grafik, animasi, bunyi dan permasalahan yang sesuai serta bermakna kepada pelajar. Perisian jenis ini juga berguna untuk menggantikan proses pembelajaran menerusi situasi sebenar yang mungkin memerlukan kos perlaksanaan yang tinggi, membahayakan serta memakan masa yang panjang serta sukar untuk dikendalikan.  Misalnya pelajar akan mempelajari tajuk gunung berapi. Kejadian sebelum tercetusnya gunung berapi tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana ianya berlaku di dalam perut bumi. Pelajar akan bosan jika hanya belajar berkaitan dengan teori sahaja. Dengan adanya simulation, pergerakan enamel, larva dan unsur lain yang berlaku di dalam perut bumi dapat ditonton sehinggalah bagaimana gunung berapi itu meletus.

Instructional games


Perisian berbentuk permainan mampu memberi pengalaman belajar yang menyeronokkan kepada pelajar kerana ianya berdasarkan prinsip kalah atau menang. Berbagai-bagai situasi pembelajaran boleh diwujudkan dalam bentuk permainan asalkan ianya tidak terlalu menyeronokkan dan mengkhayalkan pelajar sehingga mendatangkan kesan yang negatif. Perlu diingat di sini bahawa konsepnya ialah belajar sambil bermain dan bukannya bermain sambil belajar. Selalunya, perisian permainan yang baik merangkumi penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situasi atau masalah yang disediakan dan semuanya dilaksanakan dalam bentuk permainan. 


Problem Solving

Perisian yang berbentuk penyelesaian masalah akan memberi pelajar pelbagai bentuk masalah untuk diselesaikan. Ia mirip kepada pembelajaran berbentuk simulasi cuma proses kognitif yang terlibat adalah lebih tinggi. Dalam proses pembelajaran yang sebegini, proses pembentukan kefahaman mengenai  sesuatu konsep akan diperolehi menerusi proses penyelesaian ke atas masalah yang diberi. Pelajar akan diberi masalah-masalah yang berkaitan yang perlu diselesaikan dan dari pengalaman menyelesaikan masalah tersebut, pelajar akan dapat membentuk satu model minda mengenai sesuatu konsep. Pembentukan konsep secara kendiri oleh pelajar akan melibatkan proses generalisasi dan perkaitan maklumat seperti yang dibincangkan oleh ahli psikologi pemprosesan maklumat. Pembelajaran sebegini akan mejadi lebih efektif sekira ianya dibekalkan dengan bantuan dari guru atau komputer. Dengan yang demikian, perisian yang menggunakan pendekatan penyelesaian masalah perlulah menyediakan  panduan atau bantuan yang secukupnya kepada. Ini bagi memastikan pelajar tidak sesat dalam proses pencarian maklumat dan penyelesaian masalah yang disediakan mampu mencapai objektif yang ditetapkan.


Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Jika terdapat sebarang kesalahan info dimana mana harap dimaafi sebabnya coretan ini lahir daripada apa yang saya faham semasa pengajaran di dalam kelas.



Tuesday, February 19, 2013

Dari Authoring System ke CD ROM Based Multimedia Development

Assalamualaikum

Pada mulanya, blog ini adalah blog untuk membuat refleksi bagi subjek Authoring System pada semester lalu. Pada semester ini untuk subjek CD ROM Based Multimedia, Dr Norasykin ada juga meminta kami membuat refleksi bagi setiap kelas di dalam blog. Jadi, saya berpendapat lebih baik saya menggunakan blog yang sama sahaja supaya senang untuk membuat revision pada masa akan datang dan saya juga tidak perlu menambahkan lagi bilangan blog yang sedia ada termasuk lah blog peribadi. Dengan ini saya ishtiharkan yang blog ini nizzanie89@blogspot.com adalah blog yang berunsurkan multimedia pendidikan. Saya harap refleksi yang saya kongsikan ini dapat digunakan atau dimanfaatkan oleh orang lain di luar sana.




Sekian..