Sunday, September 23, 2012

Minggu Kedua Kelas Authoring System

Assalamualaikum.


Bila dah masuk kelas kedua Authoring System, semua dah macam boleh sesuaikan diri. Minggu ni Dr Zaida ajar pasal Static websites dan Dynamic websites. Sebelum nih pernah dengar pasal Static dan Dynamic websites tapi tak lah secara details sangat. Bila diterangkan secara details dan berpandukan nota yang dibekalkan, baru lah aku faham secara terperinci perbezaan antara kedua-dua websites tersebut. 

Benda baru yang aku belajar pada minggu nih adalah pasal extension yang digunakan untuk mewakili kedua-dua website tersebut. Kalau untuk Static website, extension yang digunakan adalah .html dan untuk Dynamic  website pula, extensionnya diwakili oleh .asp, .php, .cfm, dan .dhtml. Senang je nak bezakan Static dengan Dynamic website. Tengok je pada hujung url website. Kalau .html sah sah lah itu adalah Static website. Kalau Dynamic website pulak, kat hujung url mesti ada extension yang aku dah senaraikan tadi.

Dalam kelas yang sama juga, aku belajar pasal ASP dan PHP. Haaaaaaaaaa, yang terms nih pernah dengar je tapi tak tau benda apa. Huhuhuhu.. Tapi takpe. Datang kelas kan untuk belajar. Lepas dah buat class activity terus aku boleh bezakan antara ASP dan PHP. Soalan dan komen komen di group FB sangat membantu aku memahami apa itu ASP dan PHP. Selalu kelas petang nih aku rasa mengantuk tapi untuk Authoring System, aku tak pernah rasa macam tuh sebab sentiasa ada aktiviti yang melibatkan perbincangan antara pensyarah dengan kami semua. 

Sebelum kelas bersurai, kami diarahkan untuk membuka Dreamweaver. First time nih bukak dan nak belajar Dreamweaver. Sebelum nih aku ingat Dreamweaver macam Adobe Flash tapi bukan rupanyaaa..Hahahaha.. Seronok belajar benda baru sebab aku boleh explore macam macam. Sebelum balik, Dr Zaida ada bagi task untuk kami explore Dreamweaver. Dengan semangat yang berkobar-kobar, balik je dari kelas aku terus install Dreamweaver masuk dalam laptop aku. Installer nih aku dapat dari Ezat. Tapi malangnya tak berjaya installed Adobe Dreamweaver. Yang shared components boleh pulak. Arghhhhhhh!!! Stressssssss... Ok try lagi sekali. Uninstall semua then restart laptop. Lepas tuh install semula. Tapi still tak boleh jugak ='(((

Takpe takpe. Walau macam mana pun kena ada Dreamweaver jugak. Kalau tak macam mana nak buat assignment nanti. Huhhhhh.. So aku mintak tolong Ezat carikan Adobe Dreamweaver yang portable punya. Bila dah dapat tak boleh run plak. Keluar error pasal file missing entah apa entah. Wuarghhhh.. Senang senang meh aku cari dan download sendiri Dreamweaver yang portable punya. Dan Alhamdullilah, berjaya!!! Nampak sangat nak suruh aku usaha sendiri. So boleh la aku siapkan task yang Dr Zaida bagi. 


Lebih kurang gaya aku lepas berjaya run Dreamweaver. Tapi aku tak la dok bersila mengadap laptop macam nih. Hahaha

Setakat ini je pengalaman aku dengan Dreamweaver untuk minggu kedua. Jumpa lagi di next entry. Bye! 









No comments:

Post a Comment