Wednesday, April 10, 2013

# Week 7: Multimedia use in interface implementation for telematic-based learning.

Assalamualaikum

Pada kuliah minggu ini, kami perlu membaca satu artikel dan membentangkan di hadapan kelas. Lebih kurang macam group discussion yang besar la. Terdapat 3 tajuk kesemuanya iaitu audio, video dan grafik. Kumpulan saya perlu membentangkan tajuk audio. Di sini saya akan memberi sedikit penerangan mengenai penggunaan audio dalam perisian berdasarkan pemahaman saya.


Media audio berupaya untuk memberi sumbangan unik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran kendiri bagi murid-murid yang kurang keupayaan membaca, pembelajaran bahasa asing, bercerita untuk memerangsang imaginasi, muzik untuk aktiviti fizikal dan sebagainya. Alat-alat seperti radio kaset dan CD seharusnya adalah sesuatu yang biasa digunakan dalam bilik darjah disebabkan penggunaannya yang mudah. Walau bagaimanapun penggunaan media audio yang berkesan memerlukan kefahaman tentang proses pendengaran serta pemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran. Mendengar adalah merupakan suatu proses komunikasi. Terdapat dua aspek penting yang perlu anda fahami mengenai proses pendengaran iaitu mendengar (hearing) dan mendengar dengan memberi perhatian (listening). Penghasilan bahan-bahan audio yang dirancang dengan baik dapat membantu dalam mempertingkatan tumpuan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping memberi kelebihan kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran mendengar.


Pada minggu ini juga, kami diminta untuk membuat ulasan mengenai multimedia use in interface implementation for telematic-based learning. Untuk mendapatkan interface design yang bagus, interface itu mestilah mesra pengguna, mempunyai graphic design yang bagus serta mengadungi elemen multimedia seperti audio, video, teks dan juga grafik. Antaramuka pengguna mestilah seringkas yang mungkin dan bersifat semulajadi. Setiap dialog seharusnya mengelakkan maklumat-maklumat yang tidak perlu atau yang tidak berkaitan. Ini kerana, untuk setiap ciri atau elemen baru yang ditambah, bermakna satu lagi perkara baru yang perlu dipelajari oleh pengguna. Pendekatan yang seharusnya digunakan adalah dengan hanya mempersembahkan maklumat yang diperlukan mengikut kesesuaian dari sudut masa dan tempat. Selain daripada itu, rekabentuk elemen-elemen bergrafik dalam antaramuka pengguna moden merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Penggunaan warna juga memainkan peranan penting dalam antaramuka pengguna. Warna sering digunakan untuk mengkategori, membeza dan menonjolkan objek-objek tertentu. Walaubagaimanapun, penggunaan warna yang berlebihan seharusnya dielakkan kerana boleh mengurangkan kebolehgunaan antaramuka pengguna. Susun-atur skrin (screen layouts) juga memainkan peranan penting untuk menghasilkan rekabentuk yang lebih ringkas dan semulajadi.


Metafora memainkan peranan yang amat penting dalam antaramuka pengguna. Objek-objek yang dilihat diskrin, nama bagi suatu arahan, jenis interaksi pengguna, cara sistem bertindak-balas dan sebagainya adalah berdasarkan kepada frasa-frasa yang biasa digunakan. Sebagai contoh frasa-frasa seperti desktop, ikon, menu, window, cut, copy dan paste merupakan sebahagian daripada metafora objek atau tindakan yang sering digunakan dalam antaramuka
pengguna.

Ciri-ciri seragam dalam suatu antaramuka pengguna dapat mengelakkan pengguna berasa was-was atau ragu-ragu apabila menggunakan suatu arahan atau fungsi buat pertama kali. Di samping itu, ia dapat mempercepatkan interaksi. Sebagai contoh, dalam persekitaran Windows, apabila pengguna hendak melaksanakan fungsi cetak (print) ia boleh menjangka bahawa arahan tersebut boleh dicapai daripada menu File|Print walaupun pengguna tersebut pertama kali menggunakan perisian tersebut. Keseragaman antaramuka boleh dicapai melalui piawaian industri dan panduan-panduan antaramuka pengguna yang sedia ada. Keseragaman dalam rekabentuk antaramuka pengguna tidak terhad kepada rekabentuk skrin semata-semata tetapi ia juga meliputi kefungsian dan pemahaman logik sistem yang dibangunkan.

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. 

No comments:

Post a Comment