Wednesday, April 3, 2013

# Week 6: Visual Design

Assalamualaikum

Setelah kami didedahkan dengan information design dan interaction design pada minggu lepas, pada minggu ini kami didedahkan dengan reka bentuk visual pula. 



Pada pendapat saya, visual design merupakan penghubung atau orang tengah di antara manusia dengan mesin, di antara manusia dengan manusia ataupun di antara mesin dengan mesin. Bagi sebuah perisian multimedia, antaramuka merujuk kepada skrin-skrin paparan yang mengandungi maklumat yang ingin disampaikan kepada pengguna. Antaramuka bagi sesebuah perisian mengandungi beberapa elemen-elemen utama seperti latar belakang skrin, tetingkap dan panel, butang dan ikon kawalan, teks, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya. 

Visual design melibatkan aktiviti yang memerlukan seseorang pereka bentuk atau pembangun perisian memikirkan bagaimana rupa bentuk perisian yang akan bina. Dalam proses ini, setiap elemen atau media yang ingin digunakan di dalam persembahan akan ditetapkan spesifikasi setiap satunya mengikut kesesuaian dan keperluan perisian. Spesifikasi di sini boleh merujuk kepada pemilihan latarbelakang, pemilihan butang atau ikon kawalan, menu pilihan, penetapan ciri-ciri pada teks, penetapan warna, saiz, susun atur, kedudukan elemen dan sebagainya. Selain dari itu, spesifikasi elemen multimedia seperti grafik, audio, video dan animasi juga perlu ditetapkan sama. 

Apabila semua penetapan spesifikasi ini selesai ditentukan, proses pembangunan prototaip bagi perisian boleh dilaksanakan. Di sini, berdasarkan apa yang telah dirancang dan ditetapkan pada cartalir perisian dan juga papan cerita, contoh-contoh skrin sebenar akan disediakan. Di sini setiap elemen yang akan digunakan di dalam pembangunan perisian yang sebenarnya kelak akan digunakan bagi melihat kesesuaiannya dari pelbagai aspek. Ini bagi memastikan penggunaannya benar-benar memenuhi piawaian yang telah 
ditetapkan serta memenuhi keperluan perisian. Proses pengubahsuaian akan dilakukan 
apabila dirasakan perlu. Memandangkan proses mereka bentuk antaramuka melibatkan penghasilan paparan 
untuk tatapan pengguna maka ia seharusnya menitikberatkan keperluan pengguna dan bukannya mengikut kegemaran pereka bentuk atau pembangun perisian.

 Kesilapan menggunakan spesifikasi media (seperti teks dengan saiz yang kurang sesuai, warna pilihan yang membosankan, skrin yang terlalu padat dan sebagainya) sering menyebabkan sesebuah perisian gagal menepati sasaran penggunaannya. Penggunaan antaramuka perisian yang kurang menarik juga akan menyebabkan pengguna mudah merasa bosan dan kurang motivasi untuk terus menggunakan perisian tersebut. Oleh yang demikian, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan antaramuka perisian yang dihasilkan memenuhi keperluan pengguna serta menepati matlamat atau objektif perisian. 

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Sekian...

No comments:

Post a Comment