Monday, October 1, 2012

Minggu Ketiga - Cabaran Kini Bermula!


Assalamualaikum..

Alhamdullilah. Aku masih mempunyai kekuatan untuk menghadiri kelas Authoring System untuk kali ketiga. Minggu ketiga nih aku dah mula rasa bertapa sukarnya belajar Dreamweaver dengan Microsoft Access. Nasib baik masa dalam lab aku berjaya mengikut semua steps untuk buat web yang diajar oleh Dr Zaida. Walaupun ada kalanya aku sedikit lost. Hahahaha.. Tapi lagi nasib baik bila orang di sebelah PC aku dapat membantu kalau ada apa apa masalah.

Ohhh yeaa. Minggu ketiga nih kami semua mula didedahkan dengan IIS (Internet Information System). Bagi aku, ni 1st time aku dengar pasal IIS. Kami diajar untuk install IIS dan aku berjaya juga install di laptop sendiri. Hehehe. Kelas yang bermula dari pukul 4.30 petang - 7 malam banyak diisi dengan pengetahuan baru sehingga aku tak sedar yang rupa rupanya sudah pukul 7 malam. Aku tidak mempunyai masalah sangat dalam mengikuti pembelajaran dalam kelas. Bagi aku kalau kita 100% fokus, mesti kita boleh follow punya. So masa dalam kelas aku belajar nak create site dalam Dreamweaver, setup database - Access, create connection, setup the asp, insert record dan recordset. 

Yang jadi masalah dan cabaran bagi aku adalah nak buat semua nih di laptop sendiri. Memandangkan aku tak ada masalah untuk install IIS, so aku ingat yang seterusnya memang tak ada masalah la. Rupa rupanya aku salah besar. Step pertama untuk save fail database dengan project dalam wwwroot dah ada masalah. Kalau tak berjaya save, aku tak boleh nak start project langsung. Aku dah rungsing fikirkan kenapa fail aku tak boleh save. Bila nak save je akan keluar macam ni:

Tapi masalah nih dah selesai bila aku post dekat group Dreamweaver. Ramai kawan-kawan yang sudi membantu aku selesaikan masalah ni. Aku hanya perlu pergi ke security pada folder inetpub dan tukarnya jadi to everyone. Yeayyyyy!! dah selesai masalah. Aku dengan excitednya teruskan buat exercise balik yang macam dalam lab mengikut modul yang Dr Zaida bagi.

Betul lah pepatah yang ada menyatakan bahawa langit tak selalunya cerah. Lepas dapat selesaikan masalah tadi, aku terpaksa hadapi masalah yang lain pulak. Kali nih masalah untuk buat connection string. Arghhhhhhhh! Stresssssssnyaaaaaaaaaaaaa.. Bila klik 'Test', message box macam kat bawah yang keluar..


Macam mana nak selesaikan benda ni?? Dah penat asyik install and uninstall IIS jeee. Wuwuwuwuw~ Link semua dah betul. Copy dari elearning pastu tukar jadi database1.mdb je. Tapi still keluar error macam nih. Hmmphhhhh! Banyak betul cabaran nak kena hadapi. Yelahhhh kan. Aku nih dah jadi pelajar master. Dah kena berdikari. Tak kan semua nak merungut je. Hahahaha. Ok aku akan try cari solution untuk masalah nih.  Kalau berjaya test, aku akan kongsi kat next entry. So progress exercise dan assignment aku sampai kat sini je la. Doakan lah aku jumpa penawar terbaik untuk error macam atas nih. Hehehe. Jumpa lagi. Bye!



No comments:

Post a Comment