Thursday, March 28, 2013

# Week 5: Interaction Design

Assalamualaikum

Jika minggu lepas kami didedahkan mengenai Information Design, pada minggu ini kami telah mempelajari perkara yang berkaitan dengan Interaction Design. Di sini saya coretkan sedikit apa yang saya faham mengenai interaction design ataupun reka bentuk interaksi.

Reka bentuk interaksi merujuk kepada proses mereka bentuk perisian dari sudut mekanisma. Dalam erti kata lain, ianya merupakan satu proses mereka bentuk struktur atau corak perjalanan sesebuah perisian. Menyediakan interaktiviti di dalam sesebuah perisian merupakan proses di mana kuasa kawalan akan diberikan kepada pengguna bagi membolehkan mereka berkomunikasi atau berinteraksi dengan komputer. Ini dilaksanakan bagi pelbagai tujuan seperti untuk menyampai atau menerima sesuatu mesej, menentukan laluan penerokaan yang akan diambil dan sebagainya. Interaktiviti atau proses interaksi juga bermaksud pengguna atau pelajar yang akan mengawal aliran sesebuah program dan bukannya pembangun yang membangunkan perisian tersebut. Reka bentuk interaksi yang baik juga adalah di mana manusia (pengguna) yang akan memberikan arahan kepada komputer dan bukannya sebaliknya. 

Dalam pembinaan perisian, proses mereka bentuk interaksi melibatkan masa, wang dan kemahiran teknikal. Semakin kompleks interaksi yang ingin disediakan, maka semakin tinggi lagi kos dan kemahiran serta tempoh masa yang diperlukan untuk membina perisian tersebut. Dengan itu, penentuan kuantiti interaksi yang diperlukan perlulah dianalisis terlebih dahulu supaya ianya berpatutan. Sebenarnya, berapa banyak kuasa kawalan (interaktiviti) yang ingin diberikan kepada pengguna dalam sesuatu perisian adalah bergantung kepada isi kandungan yang hendak disampaikan serta pengguna yang akan menggunakannya. 

Untuk memudahkan pengguna menggunakan perisian yang dibangunkan, storyboard dapat dijadikan sebagai medium untuk memberi informasi yang berkaitan dengan perisian. Berikut adalah contoh storyboard daripada projek perisian yang bakal dibangunkan oleh kumpulan saya.


1. Storyboard untuk Home Page


2. Storyboard untuk Main Menu



3. Storyboard untuk Notes



4. Storyboard untuk Activity


Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini.

No comments:

Post a Comment